Menu
New Delhi KebudayaanStatus New Delhi sebagai ibu negara telah menjadikan acara-acara serta hari cuti kebangsaan lebih penting. Acara-acara kebangsaan seperti Hari Republik, Hari Kemerdekaan dan Gandhi Jayanti (hari jadi Gandhi) disambut dengan penuh semangat di New Delhi. Pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos), Perdana Menteri India berucap kepada negara daripada Kubu Merah. Kebanyakan warga Delhi menyambut hari ini dengan bermain layang-layang sebagai satu simbol kebebasan.[11] Perbarisan Hari Republik ialah sebuah perbarisan ketenteraan dan kebudayaan terbesar dengan menampilkan kepelbagaian budaya serta kekuatan tentera di India.[12][13]
Perayaan keagamaan termasuklah Diwali, Durga Puja, Holi, Lohri, Maha Shivaratri, Aidilfitri, Aidiladha dan Buddha Jayanti.[13] Festival Qutub ialah acara kebudayaan yang mana hiburan oleh ahli muzik dan penari dari seluruh India ditayangkan pada waktu malam dengan Qutub Minar sebagai latar belakang acara berkenaan.[14] Acara-acara lain seperti Festival Layang-Layang, Festival Mongo Antarabangsa dan Vasant Panchami (Festival Musim Luruh) diadakan pada setiap tahun di Delhi.
Menu
New Delhi KebudayaanBerkaitan
New Zealand New South Wales New York Yankees New Delhi New Super Mario Bros. Wii New Boyz News Corporation New Caledonia New Guinea New OrleansRujukan
WikiPedia: New Delhi http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.delhimetrorail.com/commuters/station_in... http://www.hindu.com/2005/12/15/stories/2005121503... http://gc.kls2.com/airport/VIDD http://www.thehindubusinessline.com/2002/01/28/sto... http://www.ndmc.gov.in/ http://www.ndmc.gov.in http://delhiplanning.nic.in/Economic%20Survey/ES%2... http://delhiplanning.nic.in/Economic%20Survey/ES%2... http://dtc.nic.in/ccharter.htm